Suara anda itu #SuaraMalaysia, kongsikan dengan Astro AWANI

Firdaus Azil
Oktober 16, 2022 18:50 MYT
Bermula 17 Oktober ini Astro AWANI akan menyediakan soalan berbentuk kaji selidik kepada seluruh rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Adakah anda akan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini? Jika ya, apa yang akan mempengaruhi undi anda? Adakah anda memilih calon atau parti sebagai faktor utama?
Atau anda berkira-kira merosakkan undi kerana bosan dengan situasi politik semasa?
Memahami situasi politik yang lebih dinamik pada masa kini, Astro AWANI cuba sedaya-upaya memahami sentimen rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melaksanakan proses demokrasi, kerana anda yang menentukan masa depan negara.
#SuaraMalaysia | Kongsikan bersama Astro AWANI
Bermula 17 Oktober ini Astro AWANI, yang mengangkat tema Malaysia Memilih sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam setiap segmen beritanya, akan menyediakan soalan berbentuk kaji selidik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Secara berterusan soalan ini akan diajukan kepada anda - dari Awani PAGI seawal 7.30 dan 8.30 pagi, Niaga AWANI yang bersiaran pukul 9 pagi, Buletin-Buletin AWANI, Malaysia Memilih AWANI sehinggalah ke AWANI Borneo, AWANI 745 dan Sinar AWANI yang bersiaran di sebelah petang dan malam.
Tidak ketinggalan segmen berita berbahasa Inggeris seperti Notepad with Ibrahim Sani, AWANI Tonight dan Consider This.
Soalan-soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI pukul 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsikan pada keesokan harinya.
Dan Astro AWANI juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Daripada jangkaan anda tentang tarikh pilihan raya umum, kepada sejauh mana pemahaman anda tentang kuasa mengundi, sehinggalah tahap kepercayaan anda terhadap prestasi parti politik dan wakil yang berkhidmat.
Apa yang perlu anda buat ialah tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan terus imbas Kod QR yang disediakan untuk mengakses soalan yang disediakan.
Keputusan kepada setiap soalan yang diajukan menerusi kaji selidik ini, akan disertakan dengan analisa pakar politik, wakil-wakil atau pimpinan parti yang bertanding, serta pandangan masyarakat umum, pada hari seterusnya.
Kerana bagi kami, anda yang akan menentukan keputusan PRU, seterusnya menentukan masa depan negara dalam tempoh lima tahun seterusnya.
Anda boleh mula berikan pandangan anda sekarang di UNDI.ASTROAWANI.COM!
#PRU15 #bubar parlimen #Astro Awani #Kaji Selidik PRU15
;