Streram nafi ada majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuknya
Rahimah Abdullah
April 3, 2019 23:15 MYT
April 3, 2019 23:15 MYT
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S Streram menafikan jentera pilihan raya parti itu mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuknya.
Jemputan di media sosial itu tegasnya adalah palsu.
“Saya rasa ia palsu. Saya tak tahu perbuatan siapa. Saya akan bincang dengan pemimpin mengenai perkara ini,” katanya kepada media selepas melakukan kempen di Pasar Malam Medan Nusari di Bandar Sri Sendayan, Rantau pada Rabu.
Beliau pada masa sama kecewa kerana ada pihak yang cuba bermain politik kotor berkenaan.
“Ini seperti isu perkauman tetapi kita nak satukan semua rakyat. Saya tak tahu (Kalau ini sabotaj) . Mungkin kita lapor polis dulu,” tambahnya.
Streram mengulas jemputan majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang kononnya diadakan di sebuah majlis di Rantau.
#Bandar Sri Sendayan
#Calon Pakatan Harapan
#Dr S Streram
#majlis solat hajat
#pilihan raya kecil
#prk rantau
#Rantau Memilih