Strategi satu logo PH beri tentangan hebat pada BN - Penganalisis
Rahimah Abdullah
April 7, 2018 17:00 MYT
April 7, 2018 17:00 MYT
Strategi hanya satu logo parti digunakan Pakatan Harapan akan memudahkan gabungan parti pembangkang itu untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisis Pilihan Raya Universiti Malaya, Dr Amer Saifude Ghazali berkata, langkah itu sekali gus mampu memberikan tentangan hebat kepada Barisan Nasional (BN).
"Pilihan (parti) yang ada jelas. Antara dua sahaja iaitu antara BN dan kalau mereka (Pakatan Harapan) menggunakan logo PKR, maka hanya ada BN dan PKR. Ini memudahkan mereka untuk berkempen dan memberikan tentangan kepada BN pada PRU akan datang ini," katanya semasa menjadi tetamu pada program Malaysia Memilih 2018 di Astro AWANI.
Malah, beliau melihat strategi satu logo parti semasa PRU14 memberi pemahaman lebih jelas kepada pengundi untuk memilih parti pilihan mereka.
"Strategi-strategi yang digunakan ini mungkin barisan pembangkang melihatnya boleh diguna pakai dan strategi yang boleh menang.
"Apabila mereka bertanding dalam satu simbol, maka kemungkinan rakyat tidak menghadapi masalah dan tidak lagi terpinga-pinga nak memangkah parti mana," ujarnya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah dalam satu sidang media sebelum ini berkata, gabungan parti dalam Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran suruhanjaya itu terlebih dahulu untuk menggunakan logo PKR dalam PKR
#Astro
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#Media
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU
#PRU14
#rakyat
#Suruhanjaya Pilihan Raya