SPR terima writ pengisytiharan pembubaran DUN Sabah

Fauzi Suhaimi
Julai 31, 2020 03:11 MYT
Berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran DUN. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke -15.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.
"Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.
"Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

[ KENYATAAN MEDIA ] SPR TERIMA WRIT PENGISYTIHARAN PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH YANG KE-15 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1441H pic.twitter.com/ZdTCkCDfTt

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) July 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
BACA: Kronologi politik Sabah selepas PRU-14 sehingga pembubaran DUN
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam mengumumkan DUN Sabah dibubarkan berkuat kuasa 30 Julai 2020.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Pembubaran DUN Sabah dibuat selepas Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
BACA: Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah
BACA: Warta Kerajaan Negeri Sabah pembubaran DUN
#bubar #DUN #DUN Sabah #kerajaan #Media #menteri #Mesyuarat Khas #Musa Aman #pembubaran #pilihan raya #pilihan raya negeri #pilihan raya umum #politik #presiden #PRN #Shafie Apdal #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya