SPR jemput NGO untuk memerhati proses PRK Sungai Kandis

Hafiz Marzukhi
Julai 9, 2018 13:56 MYT
Tan Sri Othman Mahmood berkata NGO ini dibenarkan untuk memerhati bermula dari hari penamaan calon hingga keputusan PRK itu diumumkan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menawarkan mana mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk memerhati keseluruhan perjalanan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.
Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata NGO ini dibenarkan untuk memerhati bermula dari hari penamaan calon hingga keputusan PRK itu diumumkan.
"Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi," kata beliau ketika sidang media pengumuman tarikh penting bagi PRK Sungai Kandis di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Tambah beliau, mana-mana NGO yang berminat untuk menjadi pemerhati boleh mengemukakan permohonon kepada SPR.
BACA: PRK Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Julai.
#Badan Bukan Kerajaan #NGO #Othman Mahmood #pemerhati #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #Timbalan Pengerusi SPR
;