Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota

Siti Nur Aqilla Omar
Ogos 4, 2024 04:26 MYT
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Mohd Puad menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain.
JOHOR BAHRU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
Menurut Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, penyerahan notis berkenaan pada hari ini adalah untuk tindakan lanjut SPR.
"Pagi ini saya memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi DUN dalam kawasan Mahkota kerana penyandangnya meninggal dunia pada 2 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari pada Jumaat
Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 hingga kini dan pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor (2015-2018)
Sebelum menjadi wakil rakyat DUN Mahkota, Allahyarham merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.
#DUN Mahkota #Sharifah Azizah Syed Zain #notis kekosongan #Mohd Puad Zarkashi