Sokongan untuk Tun Mahathir jauh lebih tinggi berbanding pencabar - Anwar
Firdaus Azil
Februari 29, 2020 15:57 MYT
Februari 29, 2020 15:57 MYT
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah sokongan Ahli Parlimen kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah lebih tinggi berbanding pencabarnya.
Ketika ditemui media di perkarangan sebuah hotel di sini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia termasuk 95 orang di bawah Pakatan Harapan (PH), termasuk beberapa lagi ahli parlimen lain yang menyokong Dr Mahathir.
Bagaimanapun beliau enggan memperincikan dengan lebih lanjut, kerana ia hanya boleh disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Dari segi jumlah (sokongan), Tun Dr Mahathir jauh lebih tinggi. Tetapi kita sudah hantar (surat akuan) ke Istana, biar Istana yang mengesahkan.
“(Sokongan) jauh lebih tinggi dari 95 sebab itu adalah jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir akan bawa beberapa orang (Ahli Parlimen) lagi,” katanya ringkas sebelum meninggalkan perkarangan hotel.
Terdahulu, Anwar telah pergi ke Istana Negara bagi menyerahkan surat akuan sokongan PH ke atas Dr Mahathir, sebelum kembali ke hotel untuk perjumpaan seterusnya.
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Malaysia 2020
#Malaysia2020
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#Yang di-Pertuan Agong