Sokong Hajiji: UMNO gantung Ahli Parlimen Putatan 6 tahun

Astro Awani
Mac 18, 2023 14:15 MYT
Shahelmy bersama empat ADUN itu tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji. - Gambar fail
SANDAKAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmy Yahya digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun.
Difahamkan, beliau dikenakan tindakan berkenaan selepas dipercayai membelakangkan keputusan parti dengan tidak menyokong keputusan UMNO Sabah sebelum ini.
Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu sidang media di sini, hari ini.
"Well... dia kena gantung enam tahun," katanya ringkas.
Terdahulu, Shahelmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, bersama empat lagi ADUN yang bertanding menggunakan tiket UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, bertindak kekal menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.
Shahelmy bersama empat ADUN itu tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji.
#Ahli Parlimen Putatan #Datuk Shahelmy Yahya #digantung #UMNO
;