Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar

Abd Razak Mohd Ali, Hasimi Muhamad
Ogos 29, 2020 21:05 MYT
BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan selesa. - Gambar fail/BERNAMA
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.
Ia sekali gus menewaskan dua lagi pencabarnya masing-masing calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN N.58, Shamsul Ridzuan Idris pada pukul 9.03 malam.
Mohd Zaidi memperoleh undi sebanyak 13,060 undi.
Sementara Amir Khusyairi yang juga daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh sebanyak 2,115 undi.
Seorang lagi calon bebas, S.Shantarasekaran hanya mampu berpuas hati dengan 276 undi, sekali gus menyaksikan beliau hilang wang deposit.
Shamsul turut memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Slim ialah 68.40 peratus, sekali gus tidak mencapai sasaran SPR sebelum ini iaitu 70 peratus.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.
Allahyarham pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Allahyarham mendapat 8,327 undi, Mohd Amran (6,144 undi) dan Muhammad Zulfadli (4,103 undi).

Calon BN Mohd Zaidi Aziz ADUN Slim baharu#SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/qQI4LBAv5w

— Astro AWANI (@501Awani) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amir Khusyairi Mohamad Tanusi #Barisan Nasional #calon Bebas #DUN Slim #Mohd Zaidi Aziz #PRK Slim #S Shantarasekaran #Slim Memilih
;