Situasi di PRK Rompin terkawal - PDRM

Haider Yutim
Mei 5, 2015 03:03 MYT
Keadaan di PRK Rompin terkawal - PDRM
Keadaan sekitar proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Rompin sehingga jam 9.40 pagi terkawal, kata Ketua Polis Daerah Timbalan Superintendan Johari Jahaya.
"Saya akan melawat semua pusat-pusat pembuangan undi di Tioman untuk memastikan anggota-anggota saya melakukan tugas mereka," katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu pihak polis juga meminta pengundi supaya tidak takut untuk turun mengundi kerana mereka cukup kakitangan untuk mengawal keadaan.
Difahamkan mereka juga akan membuat lawatan ke pusat-pusat pembuangan undi untuk meninjau untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Mereka akan memulakan tinjauan di kawasan Tioman dahulu sebelum ke kawasan-kawasan lain.
Setakat ini hanya kelihatan dua kumpulan kecil penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS di sekitar luar pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Rompin.
Kumpulan-kumpulan itu yang bersorak untuk parti mereka, kemudiannya diberi amaran oleh DSP supaya tidak membuat bising kerana ianya boleh mengganggu kenteraman peduduk di situ.
#PDRM #prk rompin #undi