"Sistem dua parti baik untuk negara" - Musa Hitam

Hilal Azmi
Ogos 10, 2016 19:20 MYT
MUSA: Pembangkang di Malaysia perlu membentuk kerjasama yang boleh menghasilkan satu suara yang padu untuk membentuk polisi dan strategi jika mereka berjaya memegang tampuk kuasa. - Foto Astro AWANI
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat sistem dua parti adalah baik untuk politik di negara ini.
Gabungan pembangkang yang kuat juga katanya baik untuk negara.
"Saya lebih suka kalau negara kita amalkan sistem dua parti.
"Tetapi, pembangkang di Malaysia perlu membentuk kerjasama yang boleh menghasilkan satu suara yang padu untuk membentuk polisi dan strategi jika mereka berjaya memegang tampuk kuasa," katanya selepas pelancaran buku "Frankly Speaking" yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pagi tadi.
BACA: "Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam
Tambah Tun Musa, satu lagi cabaran buat pembangkang dalam pilihan raya adalah mengenai pengagihan kerusi.
"Mereka mesti menang pilihan raya dan untuk memenangi pilihan raya, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi. Itulah kemuncaknya.
"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil," katanya lagi.
#Barisan Nasional #Bersatu #Frankly Speaking #Musa Hitam #pilihan raya umum #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
;