Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga September' - MUDA

Firdaus Azil
Ogos 4, 2021 07:44 MYT
MUDA berpandangan, sidang Parlimen perlu disegerakan seiring pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan hari ini, Biro Politik MUDA berkata, sepatutnya tiada alasan untuk melengahkan persidangan Parlimen sehingga September.
“Merujuk kepada amanat khas Perdana Menteri, sekiranya benar beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, ia perlu dibuktikan di Parlimen dengan kadar segera. Tidak ada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September.
“Parti MUDA juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah gagal dan perlu berundur,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan Media Parti MUDA 4 Ogos 2021 PARLIMEN SEGERA, BUKAN SEPTEMBER pic.twitter.com/NsRCgzMOfZ

— Parti MUDA (@partimuda) August 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
[LAPOR LANGSUNG] 'Tiada isu peletakan jawatan' - Muhyiddin
BACA: Warisan tuntut Parlimen segera bersidang
Selain itu MUDA berpandangan, sidang Parlimen perlu disegerakan, juga merupakan pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang.
PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Awal hari ini, Perdana Menteri dalam Perutusan Khasnya menegaskan, beliau masih mempunyai sokongan majoriti, dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Muhyiddin berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.
#Ikatan Demokratik Malaysia #Parti MUDA #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Sidang Parlimen #undi percaya #Dewan Rakyat #Yang di-Pertuan Agong #Malaysia #pembangkang