Sidang Dewan Negara dipercepatkan, spekulasi PRU14 makin hampir
Astro Awani
Mac 19, 2018 00:20 MYT
Mac 19, 2018 00:20 MYT
Sidang Dewan Negara yang sepatutnya bermula 16 April diawalkan kepada 26 Mac dan berakhir 5 April 2018 ini.
Perubahan jadual ini membuatkan khabar angin yang mengatakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada 6 April ini semakin kuat.
Desas desus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada awal Mei mula diperkatakan apabila Barisan Nasional akan mengumumkan manifestonya pada 7 April dalam satu majlis besar-besaran di Stadium Putra Bukit Jalil.
Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera pula masing-masing telah mengumumkan manifesto mereka.
Petanda itu semakin jelas apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka akan dibawa ke Parlimen pada bila-bila masa hanya memerlukan kelulusan Dewan Rakyat sahaja sebelum dikemuka dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
#Barisan Nasional
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#Gagasan Sejahtera
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PRU14