Shariff Omar, Azimi Daim dilantik Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap PPBM
Hafiz Marzukhi
Disember 30, 2017 11:39 MYT
Disember 30, 2017 11:39 MYT
Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Seri Shariff Omar dilantik sebagai Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sementara itu, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah Datuk Azimi Daim pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tetap parti.
Kedua-dua lantikan dibuat ketika Perhimpunan Agung PPBM di Pusat Konvensyen Ideal, di sini, hari ini.
Shariff merupakan Ketua Bahagian PPBM Tasek Gelugor manakala Azimi pula adalah Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu.
Shariff pernah dilantik ke Kabinet sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani antara tahun 2004 hingga 2008.
Azimi pula pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah.