IPOH: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin optimis pengundi akan memenangkan calon daripada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Beliau berkata pengundi di Malaysia adalah rasional dan mahukan sebuah kerajaan negeri yang selaras dengan Kerajaan Persekutuan.
"Kita meletakkan calon-calon Kerajaan Perpaduan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)... itu menunjukkan bahawa kita serius dan pada masa sama, kita mahu kerajaan negeri pasca-PRN ini semaksimum mungkin selaras dengan hasrat serta aspirasi Kerajaan Persekutuan," katanya.
Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai peluang parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menang pada PRN yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.
Terdahulu, beliau mewakili Perdana Menteri dalam program Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia di sini kepada kesemua wakil masjid di bawah Parlimen Tambun.
Mengulas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding secara solo, Shamsul Iskandar berkata keputusan itu perlu dihormati.
Bagaimanapun, beliau berharap Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menimbang semula keputusan itu kerana parti berkenaan adalah sebahagian daripada parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.
Mengenai dakwaan Kerajaan Perpaduan akan tergugat selepas PRN jika Perikatan Nasional mampu mempertahan Kelantan, Terengganu dan Kedah selain menawan Selangor serta Negeri Sembilan, Shamsul Iskandar berkata pembangkang hanya mahu membina persepsi bahawa kerajaan kini tidak stabil.
Beliau berkata perkara itu perlu dilihat daripada segi fakta iaitu jumlah sokongan 148 Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan jelas memberi isyarat bahawa kerajaan ketika ini mendapat dukungan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.
"Perdana Menteri telah sebut dalam banyak program bahawa yang penting bagi negara ini ialah kestabilan, dengan kestabilan kita boleh memastikan keyakinan para pelabur dan memulihkan semula ekonomi negara, pasca COVID-19 ini.
"Jadi saya yakin kritikan dan apa yang dipanggil sebagai provokasi pihak-pihak tertentu ini mempunyai tujuan kerana pilihan raya negeri semakin hampir," katanya.
Berhubung sejumlah 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara yang menyatakan mereka bersetuju dengan konsep Malaysia MADANI, Shamsul Iskandar berkata ia menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap konsep itu sangat baik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Shamsul Iskandar bercakap kepada media selepas menghadiri Program Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha daripada Perdana Menteri di bangunan MAPIM, Ipoh, 27 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.