Selepas sepuluh hari digantung keahlian daripada parti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan tindakan keluar daripada parti itu hari ini.
Shafie yang juga Ketua UMNO bahagian Semporna,mengumumkan perkara itu di hadapan ribuan ahli UMNO dan penyokong beliau.
"Saya tidak ingin bersekongkol dengan kemungkaran, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, di hari yang mulia ini, di hari yang baik ini, saya Mohd Shafie bin Haji Apdal dengan ini mengumumkan keluar dari parti UMNO," umum Shafie semasa berucap di pentas.
Katanya, perjuangan UMNO pada hari ini sangat berbeza berbanding zaman dahulu.
"UMNO kita sudah tidak telus dan sangat mendukacitakan, menegur untuk kebaikan parti dituduh pengkhianat, walhal saya tidak pernah duduk bersama dengan pembangkang dan Tan Sri Muhyiddn Yassin mahupun Datuk Seri Mukhriz atau ayahnya Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.
"Saya tidak berbuat demikian kerana saya masih Naib Presiden UMNO pada masa itu dan saya hadir di pilihan raya kecil baru ini untuk memberi sokongan pada calon Barisan Nasional," katanya.
Menurut Shafie terdapat pihak dalam UMNO Negeri Sabah yang mencadangkan beliau agar digantung keahlian dan Shafie sangat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO terhadap dirinya.
"Tidak apalah, saya redha dengan ketentuan Allah SWT ini dan eloklah rasanya saya keluar dari parti ini dan saya akan terus perjuangkan nasib rakyat negeri Sabah," ujarnya.
Shafie turut menafikan khabar angin mengatakan beliau akan menubuhkan satu parti baharu ataupun menganggotai parti pembangkang.
"Saya belum lagi memikirkan tentang perkara itu," katanya.
Majlis yang diadakan di perkarangan rumah beliau di pekan Semporna turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM), Datuk Peter Anthony serta beberapa lagi pemimpin sayap lain termasuk mantan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Datuk Aziz Jamman, mantan Naib Ketua UMNO Semporna, Datuk Dr. Jaujan Sambakong, Ketua Wanita UMNO Semporna, Manis Muka Dara yang mana telah mengumumkan keluar parti lebih awal daripada Shafie.
Shafie yang kembali ke kampung halaman buat pertama kalinya selepas digantung disambut dengan tangisan dan pelukan daripada ribuan penyokong beliau.
Pada 24 Jun lalu, selain menggantung Shafie, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mereka dipecat kerana berkongsi pentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti, sementara Shafie pula digantung keahliannya.
Pada 27 Jun lalu, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie.
Namun Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan keluar UMNO sebaliknya menegaskan akan terus setia pada parti itu.
Ridzal Abdullah
Mon Jul 04 2016
![Shafie Apdal umum keluar UMNO Shafie Apdal umum keluar UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435674601_ShafieApdal.jpg)
Shafie telah digantung keahliannya dari UMNO pada 24 Jun lalu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708228287_AmirHariri.jpg)
Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri
Amir Hariri berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.
![Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691220336_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.
![PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690528772_TBMSateesDAP.jpg)
PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar DAP seterusnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.
![Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689480170_TBShafieApdalWARISAN.jpg)
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
![Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680602966_TBSIVARAJ.jpg)
Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta
Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran hari ini mengumumkan keluar dari parti MIC berkuat kuasa serta-merta.
![ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684645857_ADUNLimbahaumenges.jpg)
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu
![Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678097666_TBHAJIJIADUN.jpg)
Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
!['Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin 'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673135208_ADUN.jpg)
'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.
![Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676967205_ADUNkeluarparti.jpg)
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
![Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676044621_Mahathirtinggalkan.jpg)
Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.