Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada

Mariah Ahmad
September 22, 2016 10:58 MYT
Sebelum ini, Shafie dilaporkan berkata parti baharu itu berpangkalan di Sabah dan akan mendapat sambutan selepas ini. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mengumumkan beliau tidak menubuhkan sebarang parti baharu sebaliknya akan mengambil alih parti yang sedia ada di Sabah.
Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.
Ketika ditemui media selepas perjumpaan beliau dengan ROS, Shafie enggan mendedahkan nama parti tersebut
Bagaimanapun, beliau berkata parti tersebut berpangkalan di Sabah dan beroperasi secara aktif sejak ia ditubuhkan pada 2013.
Shafie pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin sejak 24 Jun lalu.
Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Turut mengumumkan langkah sama Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan pada 27 Jun lalu, susulan tindakan Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Shafie.

DS Shafie Apdal mengumumkan tidak menubuhkan parti baru sebaliknya mengambil alih parti yang sedia ada @501Awani pic.twitter.com/hPseWeEiks

— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pertemuan dengan ROS hari ini adalah untuk proses penukaran logo dan nama baru bagi parti yang sedia ada.

DS Shafie:" Pertemuan dgn ROS hari ini adalah bagi menyelesaikan proses penukaran logo dan nama parti" @501Awani

— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DS Shafie: "Parti ini berpengkalan di Sabah dan sudah ditubuhkan sejak 2013." @501Awani

— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DS Shafie Apdal enggan mengulas lanjut mengenai nama baru parti tersebut sehingga diluluskan ROS @501Awani

— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak menubuhkan parti baharu memandangkan ia mengambil masa terlalu lama. Saya akan memberitahu nama parti selepas selesai urusan dengan ROS," jelas Shafie kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat ROS.
Beliau dalam masa yang sama enggan mendedahkan jumlah keahlian parti tersebut.
#Dr Jaujan Sambakong #Mohd Shafie Apdal #Muhyiddin Yassin #Mukhriz Mahathir #ros #UMNO Bahagian Semporna
;