Pakatan Rakyat menggesa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meletak jawatan daripada mengetuai ASEAN Intergovernmental Commission on Human Right (AICHR).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menegaskan, Shafee - yang sering dikaitkan dengan Umno - tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik kerana sering mewakili sebuah parti yang melanggar hak asasi manusia.
"Bagaimana kita dapat harap Muhammad Shafee untuk menonjol dalam AICHR apabila secara prinsipnya sebagai contoh,
"Parti pemerintah diketuai UMNO, adalah pembela paling teruk terhadap pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia?
"Selain itu, selepas 58 tahun merdeka, kerajaan kita menarik diri daripada menandatangani konvensyen utama hak asasi PBB, seperti konvensyen hak sivil dan politik PBB.
"Dengan rekod buruk kerajaan dalam membela hak asasi dan hak kemanusiaan dalam negara, kami tidak jangkakan Muhammad Shafee akan menonjol," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, hari ini.
Selain Dr Hatta, sidang media itu turut disertai Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hisao Leung daripada PKR, dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng daripada DAP.
Muhammad Shafee dikatakan mengetuai mesyuarat AICHR kali ke-17 pada 11 Februari, sehari selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat.
Beliau memegang jawatan itu apabila Malaysia mempengerusikan Asean tahun ini dan sebelum ini peguam kanan itu merupakan wakil AICHR Malaysia sejak tahun 2009 hingga hujung tahun ini.
Irwan Muhammad Zain
Mon Feb 16 2015
![Shafee Abdullah tidak layak ketuai AICHR - Pakatan Rakyat Shafee Abdullah tidak layak ketuai AICHR - Pakatan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423568656_295x200.jpg)
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah digesa meletak jawatan daripada mengetuai AICHR. - Astro AWANI/Shahir Omar
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.
![Perjuangan hak asasi manusia perlu dipertingkat - Setiausaha Agung ASEAN Perjuangan hak asasi manusia perlu dipertingkat - Setiausaha Agung ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669759165_anniversaryASEAN.jpg)
Perjuangan hak asasi manusia perlu dipertingkat - Setiausaha Agung ASEAN
Negara anggota ASEAN menerima pakai sebulat suara AHRD yang memperincikan komitmen negara anggota terhadap hak asasi manusia untuk lebih 600 juta penduduknya.
![Aishah Bidin dilantik wakil Malaysia ke AICHR Aishah Bidin dilantik wakil Malaysia ke AICHR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647658810_ProfesorDatoDrA.jpg)
Aishah Bidin dilantik wakil Malaysia ke AICHR
Pelantikan Profesor Dato Dr. Aishah Bidin merupakan manifestasi iltizam Kerajaan dalam mempromosi serta melindungi isu-isu hak asasi manusia dan kebebasan asas dalam agenda utama ASEAN menerusi AICHR
![Jangan hanya harapkan Malaysia, semua negara ASEAN perlu bantu Rohingya Jangan hanya harapkan Malaysia, semua negara ASEAN perlu bantu Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586660492_ROHINGYA.jpg)
Jangan hanya harapkan Malaysia, semua negara ASEAN perlu bantu Rohingya
AICHR sering dipertikai ramai pihak kerana ia tidak mempunyai kekuatan sebenar khusus bagi menjalankan segala tugas yang berkaitan dengan objektif penubuhannya.
![Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre - Edmund Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre - Edmund](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41510646089_tbEdmund.jpg)
Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre - Edmund
Myanmar harus secara sukarela membenarkan ASEAN campur tangan isu dakwaan melakukan genosid terhadap etnik Rohingya melalui AICHR dan AHA Centre.