Senarai pemimpin parti baharu yang viral perbuatan pihak tidak bertanggungjawab

Nazam Yusuff
Julai 16, 2016 23:10 MYT
Senarai nama kepimpinan tertinggi dan majlis kerja parti baharu yang diviralkan.
Berikutan tersebarnya senarai nama kepimpinan tertinggi dan majlis kerja parti baharu yang dikenali sebagai Parti Melayu Baru Bersatu (MBB), beberapa individu yang tersenarai memberi penjelasan menolak pembabitan mereka dalam parti terbabit.
Senarai yang mengandungi nama beberapa nama berprofil tinggi termasuk bekas pemimpin UMNO itu kini viral di laman sosial.
Antara nama yang tertera ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa; bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Turut berada dalam senarai itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dan bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.
Datuk Ibrahim Ali memberi komen bahawa beliau percaya penyebaran senarai itu adalah perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab, seterusnya menjadikannya sebagai bahan untuk memburuk-burukkan individu yang tersenarai.
Jelasnya, pihak yang sama melakukan kerja saraf psikologi berbalik khususnya untuk menghentam mereka yang berada dalam senarai itu.
Bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein dalam laman Facebooknya berkata, cara yang digunakan untuk menghasilkan senarai itu sangat amatur, yang mana ia yang diharap menggugat perancangan penubuhan parti baharu terbabit dan menjadi bahan jenaka.
"Saya katakan semua ini kerja cybertrooper yang belum baligh dan tidak mahir dengan perang saraf.
"Pesan saya, buatlah perang saraf yang lebih cerdik. Kalau tidak cukup ilmu, silalah belajar dan jangan malukan parti sendiri," katanya.
Ku Seman menerima senarai itu melalui perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) yang dihantar anak lelakinya yang berada di Amsterdam, pada Ahad
#MBB #parti melayu baru bersatu #parti politik baharu #pemimpin UMNO #senarai nama
;