Semua jawatan tertinggi UPKO menang tanpa bertanding
Bernama
Oktober 14, 2018 05:03 MYT
Oktober 14, 2018 05:03 MYT
Seluruh kepimpinan tertinggi Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menang tanpa bertanding bagi penggal 2018-2021.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan William Sampil dalam kenyataan di sini pada Ahad berkata Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri kekal sebagai Presiden Parti manakala Datuk Donald Mojuntin sebagai Timbalan Presiden.
"Manakala lima orang naib presiden terdiri daripada Datuk Ewon Benedick, Datuk Masiung Banah, Datuk Limus Jury, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Dr. Lukas Umbul," katanya.
Bagi sayap kepimpinan Pemuda, Felix Joseph Saang dipilih sebagai Ketua Pemuda Pusat, Kennedy John sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pusat dan Naib Ketua ialah Petrus Mojuntin.Ketua Wanita Pusat pula dimenangi oleh Datin Juliana Jani, Timbalan Ketua Wanita Pusat oleh Nazlin Jemandan dan Naib Ketua Wanita Pusat, Misnah Rambanau.
Ketua Komulakan dipegang oleh Willy Frous Darinsok, Timbalan Ketua, Selvestone Junit dan Naib Ketua Komulakan Mohd Affi Bazli Liman.
Keanggotaan Komulakan adalah bagi mereka yang berusia antara 18 dan 30 tahun.
-- BERNAMA
#kepimpinan tertinggi
#menang
#Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
#tanpa bertanding
#UPKO
#Wilfred Madius Tangau
#William Sampil