Semua bahagian UMNO Sabah bincang usul perkasa Perdana Menteri - Bung Moktar
Radhi Muslim
Disember 18, 2021 18:26 MYT
Disember 18, 2021 18:26 MYT
SANDAKAN: Semua Bahagian UMNO Sabah membincangkan usul untuk memperkasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia antara usul-usul yang akan didebatkan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
"Umno Bahagian di seluruh Sabah kita telah mengetengahkan beberapa usul.
"Usul serentak untuk memperkasakan parti, dan juga memperkasakan yang amat berhormat Perdana Menteri kita.
"Usul ini akan dibentang oleh seorang pembahas dan akan dibahas secara terperinci ke arah bagaimana memperkasakan parti dan juga pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikiam dalam sidang media sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan, di sini, pada Sabtu.
Bung juga menegaskan pemimpin tertinggi UMNO perlu kurangkan bertelagah sesama sendiri.
Perkara berkenaan hanya akan melemahkan parti terbabit.
"Sebab dalam Umno ini kita tidak boleh ada pertelagahan yang ketara antara pemimpin sebab sekiranya ada ia sudah tentu melemahkan parti dan perjuangan agar umbi...
"Justeru itu kita beranggapan bahawa semua pemimpin tertinggi umno harus menyedari mereka ada peranan dan tanggungjawab yang penting untuk memperkukuhkan parti," katanya.
#UMNO Sabah
#ismail sabri yaakob
#Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan
#Datuk Seri Bung Moktar Radin