Sembilan rang undang-undang dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang

Bernama
Mac 24, 2022 11:59 MYT
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengemukakan usul penangguhan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail/JAPEN
KUALA LUMPUR: Bacaan kali kedua dan ketiga bagi sembilan rang undang-undang dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang.
Mengemukakan usul itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata rang undang-undang itu adalah Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021; Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021.
Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021; Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022; Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 turut ditangguhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62 Dewan Rakyat.
Usul itu disokong Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
-- BERNAMA
#Dewan Rakyat #Rang Undang-Undang #Mas Ermieyati Samsudin #Parlimen
;