Selepas Pejuang, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak

Hakim Rahman
Januari 7, 2021 11:34 MYT
Syed Saddiq menunjukkan slip permohonan pendaftaran parti MUDA di RoS pada 21 Disember 2020. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Permohonan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.
Politik | RoS tolak pendaftaran MUDA
"Pemakluman penolakan pendaftaran MUDA disampaikan melalui satu emel petang semalam (Rabu) dan kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya.
Parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.
BACA: RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
#pendaftaran MUDA ditolak #ros #Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia #Malaysian United Democratic Alliance #Mutalib Uthman
;