'Selangor boleh tambah kerusi DUN kalau nak' - Abdul Rashid
Hafiz Marzukhi
Januari 3, 2018 18:00 MYT
Januari 3, 2018 18:00 MYT
Kerajaan Selangor sepatutnya mempertimbangkan untuk menambah sendiri bilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, perkara ini berhak dibuat Kerajaan Negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan.
"Tambahlah 10 atau 15 kerusi. Kalau mereka (Kerajaan Negeri) cadangkan, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kena lihat cadangan itu dan buat persempadanan," kata beliau ketika ditemui di sidang media Institut Darul Ehsan (IDE) di sini, hari ini.
Namun, apabila ditanya impak tindakan tersebut dari sudut undang-undang kepada perjalanan proses persempadanan semula dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sendiri, beliau tidak dapat memberi jawapan yang kukuh.
"Mungkin PRU kena tunda. Saya tidak tahu. Itu kena tanya dengan pakar perlembagaan."
#Abdul Rashid Abdul Rahman
#berita politik
#Kerajaan Selangor
#kerusi DUN
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perlembagaan Malaysia
#perlembagaan parti
#Politik Malaysia
#PPBM
#PRU14
#SPR
#Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia