Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan

Bernama
November 4, 2023 15:35 MYT
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan (tengah) bergambar bersama para Perwakilan pada Majlis Perasmian Konvensyen Perwakilan Wanita,Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan 2023 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
Beliau berkata semangat yang ditunjukkan kepimpinan dan anggota keempat-empat sayap itu amat meyakinkan walaupun parti terpaksa 'berdikari' dalam meneruskan misi membawa suara masyarakat India dalam arena politik negara.
"Sebelum ini saya pernah merasmikan perhimpunan keempat-empat sayap parti ketika kita (MIC) mewakili kerajaan pusat, manakala hari ini saya rasmikan perhimpunan tanpa kita mewakili kerajaan pusat.
"Namun, hari ini saya dapat lihat semangat yang ditunjukkan oleh semua (perwakilan) sayap amat meyakinkan," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Tahunan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan Ke-36 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari yang mewakili Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
#MIC #M Saravanan #cabaran politik #sayap MIC
;