Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama UMNO dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.
"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Kemaman, di sini.
Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati UMNO.
Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama UMNO bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.
"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli UMNO...saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.
Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila 686 daripada 973 perwakilan UMNO bahagian itu tidak menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.
Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2016
!['Saya tidak sertai PPBM, setia bersama UMNO' - Ahmad Said 'Saya tidak sertai PPBM, setia bersama UMNO' - Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469105805_DSAhmadSaid.jpg)
Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701921268_DatukRoziMamat.jpg)
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
![PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700626900_AhmadSaid.jpg)
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
![PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700087699_AhmadSaid.jpg)
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
![Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699160519_AhmadSaidPRKKema.jpg)
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
![Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697083251_BNTerengganu.jpg)
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
![Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696312157_mashup.jpg)
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
![[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal [RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850822_AhmadSaid.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
![PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680064507_AhmadSaid.jpg)
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
![PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690505172_PRN.jpg)
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
![Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680064507_AhmadSaid.jpg)
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.