'Saya tiada masalah bekerjasama dengan Anwar Ibrahim' - Dr Mahathir

Astro Awani
Oktober 1, 2018 20:08 MYT
DR Mahathir: 'Saya tiada masalah dengan Anwar' - Gambar Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sesi soal jawab dalam forum yang berlangsung di Chatham House, London, petang tadi (jam 5 petang waktu tempatan).
'Saya bekerjasama baik dengan beliau (Anwar). Beliau akan bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen dan dalam masa dua tahun bila masanya sudah tiba untuk saya bersara, saya tiada masalah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya," kata Dr Mahathir.
Tonton video di bawah:
#Anwar Ibrahim #Chatham House #London #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #PRK Port Dickson #UNGA
;