Saya terus setia bersama Pekan - PM Najib
Azyyati Ahmad
April 28, 2018 21:50 MYT
April 28, 2018 21:50 MYT
KERUSI Parlimen Pekan yang dipegang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14).
PM Najib yang telah memegang kerusi itu sejak tahun 1976 kali ini dicabar ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Zahid Md Arip yang mewakili calon PKR, Naib Yang Dipertua Pas Pekan, Kapten (B) Athiatudin Daud dan ahli perniagaan dari Johor yang bertanding sebagai calon Bebas, Datuk Abdul Kadir Sainuddin.
Dalam twit terbaharu beliau, PM Najib mengatakan bahawa beliau tetap setia bersama Pekan dan tidak seperti calon dari pihak pembangkang.