'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'

Sinar Harian
Jun 30, 2023 08:50 MYT
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas dakwaan mengatakan bahawa beliau adalah boneka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas beliau, gesaannya untuk barisan kabinet mengisytiharkan harta adalah bagi tadbir urus baik politik baharu negara.
“Saya tanya soalan mudah. Sudah tujuh bulan berkuasa, mengapa barisan kabinet belum isytiharkan harta?
“Bila tidak boleh jawab soalan mudah, mula lah alih perhatian rakyat dengan label melabel.
“Saya, Syed Saddiq. Saya jawab kepada Allah dan rakyat. Bukan boneka sesiapa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Pada Rabu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) meminta Kerajaan Perpaduan memberi penjelasan mengenai pengisytiharan harta yang didakwanya tidak lagi dikuat kuasa. - Sinar Harian
#Syed Saddiq #boneka #Dr Mahathir Mohamad #mengisytiharkan harta
;