Saya masih ahli Bersatu, sokong PN - Osman Sapian
Siti Nur Aqilla Omar
September 4, 2020 16:48 MYT
September 4, 2020 16:48 MYT
"Saya masih ahli Bersatu dan saya juga tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan dakwaan pelucutan keahlian saya daripada parti,".
Demikian reaksi ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.
Katanya, laporan portal berita menyebut keahlian Osman terlucut serta-merta secara automatik kerana membantu kempen calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim baru-baru ini, adalah tidak benar.
"Saya tidak ada dapat apa-apa surat berhubung pelucutan keahlian saya. Saya juga masih ahli Bersatu.
"Saya menyokong kerajaan sedia ada kerana saya masih ahli Bersatu.
"Laporan berita portal itu tidak benar," katanya ketika diminta mengulas laporan berkenaan, hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (sembilan) dan PKR (empat).
Gabungan ahli DUN yang menyokong Pakatan Nasional (PN) iaitu UMNO, Bersatu, MIC dan PAS menjadikan kerajaan negeri PN mempunyai 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) (27).
Jika Osman selaku ADUN Kempas bertindak menyertai PH, maka DUN Johor akan tergantung kerana jumlah kerusi dimiliki PH dan PN adalah sama iatu 28 kerusi.
#ADUN
#Amanah
#Bersatu
#DAP
#kerajaan
#MIC
#Osman Sapian
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PKR
#UMNO