'Saya maafkan Nizar' - Mastura
Astro Awani
Jun 9, 2016 14:21 MYT
Jun 9, 2016 14:21 MYT
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid berkata beliau akan memaafkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang menfitnah dirinya dan keluarganya.
Katanya, sebagai manusia biasa sememangnya kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu menguris hatinya dan keluarga tetapi beliau memaafkannya mengaitkan kematian suaminya, penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah.
“Saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran. Saya tidak akan mengambil tindakan (lanjut) dan saya anggap ini satu perkara yang harus saya maafkan,” kata Mastura dalam satu sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir ialah veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.
Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa dan akan meneruskan perjuangan arwah suaminya untuk membantu penduduk Kuala Kangsar.
Beliau turut menyifatkan jentera pilihan raya sebagai jentera hebat berpandukan kepada beberapa pilihan raya umum lalu dan yakin dapat membantu memastikan kemenangan kepada BN.
PRK Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun depan.
#Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar
#Mastura memaafkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang menfitnah dirinya dan keluarganya
#shahrir samad