Saya khuatir ramai lagi keluar UMNO - Khairy

Astro Awani
September 24, 2018 15:25 MYT
KJ: PAU hujung minggu ini adalah turning point untuk parti kita. -Gambar fail
“PAU (Perhimpunan Agung UMNO) hujung minggu ini adalah ‘turning point’ untuk parti kita.’
Itu antara kebimbangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melahirkan kebimbangan lebih ramai pemimpin UMNO akan meninggalkan parti keramat Melayu berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, parti perlu menentukan hala tuju jelas dalam PAU 2018 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September ini.

Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini adalah turning point untuk parti kita. Jika PAU tidak berjaya memberi halatuju yang jelas kepada ahli parti & rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO. https://t.co/DzcMUaZKOt

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“PAU hujung minggu ini adalah ‘turning point’ untuk parti kita. Jika PAU tidak berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO,” katanya di laman Twitter hari ini.
Khairy berkata demikian sejurus selepas pengumuman Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee untuk keluar dari parti keramat Melayu itu tengah hari tadi.
Sejak minggu lalu, dua veteran UMNO telah meletak jawatan dari UMNO termasuk Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
#Anifah Aman #Cheras #Khairy Jamaluddin #Melayu #Mustapa Mohamed #Parlimen #pau 2019 #Perhimpunan Agung UMNO #rakyat #Syed Ali
;