'Saya injured bro' - Syed Saddiq hadiri perhimpunan walau cedera kemalangan

Hilal Azmi
Disember 28, 2018 10:01 MYT
Kelihatan Syed Saddiq bersama Setiausaha Akhbarnya, Kamles Kumar ketika hadir di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara.
Namun, ketibaan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memandu sendiri ke Pusat Konvensyen Putrajaya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, beliau tiba dengan berpakaian baju Melayu Johor berwarna merah dengan muka berbalut sambil kaki terhincut-hincut.
Ketika ditemui Astro AWANI, beliau memaklumkan telah mengalami kemalangan motosikal sebelum ini.
“Saya cedera sikit, jatuh,” jawabnya ringkas.
Difahamkan Syed Saddiq mengalami kemalangan motosikal beberapa hari lalu.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Sekurang-kurangnya 800 wakil Armada seluruh negara akan menghadiri perhimpunan yang dijangka menghimpunkan kira-kira 1,600 perwakilan.

5:30PM Ketibaan Ketua #Armada @SyedSaddiq ke PICC. Walaupun cedera, beliau tetap pandu sendiri untuk hadir ke #PATBersatu2018 @501Awani pic.twitter.com/3ldK2cxvBd

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ketua Armada #Parti Peribumi Bersatu Malaysia #PATBersatu2018 #Syed Saddiq cedera #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman