Saya diapit Anwar dan Azizah, tak boleh ke mana-mana - Tun Dr Mahathir

Astro Awani
Disember 8, 2018 15:17 MYT
Guraun Dr Mahathir sebelum memulakan sidang media Pakatan Harapan mencuit hati Anwar dan Dr Wan Azizah serta petugas media yang hadir. -Gambar fail
Sebelum memulakan sidang media Pakatan Harapan pada Sabtu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad bergurau beliau tidak boleh lari ke mana-mana kerana telah diapit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Jika anda perasan, saya diapit oleh suami dan isteri. Jadi saya tidak boleh ke mana-mana," katanya disambut gelak ketawa Anwar dan Dr Wan Azizah yang berada di sebelahnya.
Gurauan Tun itu turut mencuit hati Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, pemimpin DAP Gobind Singh Deo, serta petugas-petugas media yang hadir ke sidang media Pakatan Harapan itu.
#Amanah #Anwar Ibrahim #Bersatu #DAP #Dr Mahathir Muhamad #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Gobind Singh Deo #Malaysia #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #PKR
;