"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah

Azizul Azwa
Mei 31, 2023 16:40 MYT
Nurul Izzah Anwar berkata beliau tetap komited dengan peranannya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican. - Foto fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
Sebaliknya katanya, beliau tetap komited dengan peranannya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Tidak benar.

I remain committed to my current responsibility as co head of the secretariat of the advisory committee headed by Tan Sri Hassan Marican. I urge the media to be responsible in their reporting and not give credence to unsubstantiated claims.#TakPastiJanganKongsi pic.twitter.com/N2dGZSqVK4

— Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) May 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak benar, saya menggesa pihak media supaya bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mempercayai dakwaan tidak berasas,” katanya dalam ciapan Twitter, pada Rabu.
Sebelum ini sebuah portal tempatan yang memetik sumber melaporkan, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.
Dalam ciapan sama, anak sulung kepada perdana menteri itu turut berkongsi hashtag #TakPastiJanganKongsi.
#Nurul Izzah #Pakatan Harapan #PRN Pulau Pinang #calon PRN
;