Saranan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar parti politik di negara ini meletakkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diharap dapat membuka mata para pemimpin parti termasuk blok pembangkang mengenai perkara itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata pucuk pimpinan UMNO diharap dapat mempertimbangkan saranan itu dan memberi peluang kepada calon wanita menjadi wakil rakyat dan berfungsi secara efektif dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
"Speaker hari-hari melihat bagaimana wanita beraksi berhujah, membahas dan mengemukakan soalan di parlimen dan ini bukti wanita bekerja dan saranan itu amat bersejarah serta mengiktiraf calon wanita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program himpunan kumpulan selawat wanita Tawau yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Azizah yang juga Naib Ketua Wanita UMNO berkata pengiktirafan Speaker Dewan Rakyat itu tepat pada waktunya memandangkan terdapat ramai calon wanita yang berpendidikan serta berpotensi tinggi di seluruh negara yang boleh mewakili parti dan Barisan Nasional.
"Kita punya wanita yang boleh menjalankan kerja-kerja baik dan yang penting calon ini boleh menang di kawasan masing-masing.
"Wanita ini, bukan calon yang sengaja dipilih hanya untuk mengisi kawasan tetapi mereka boleh menang dan saya berharap pengiktirafan speaker ini akan mengiktiraf juga mereka yang berkebolehan ini diberi peluang," katanya lagi.
Beliau berkata, cadangan 30 peratus calon wanita pada PRU akan datang adalah kekal serta tidak berubah dan sudah tiba masanya kepimpinan parti membuktikan bahawa wanita yang menjadi tulang belakang parti turut diberi peluang.
--BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
Beri peluang kepada calon wanita menjadi wakil rakyat dan berfungsi secara efektif dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. - Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.
Warga Kuwait mengundi dalam Pilihan Raya Parlimen
Kira-kira 834,733 pemilih layak mengundi pada Khamis untuk memilih 50 penggubal undang-undang di Dewan Nasional.
PRN: Dua misi berbeza calon wanita gabungan Kerajaan Perpaduan di Kedah
Wan Mohalina dan Sabrina Ahmad letak kepentingan rakyat sebagai teras perjuangan sebagai calon PRN.
Amanah sasar lima calon wanita menang PRN kali ini
Lima daripada tujuh calon wanita daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipertaruh bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu depan dilihat berpotensi menang.
PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah dari PH, lima GPS, tujuh PN, tiga BN dan satu Warisan.
PRU15: Jangan rendahkan martabat calon Wanita - Suraya Yaacob
Dalam keseronokan menyampaikan ceramah dan ucapan, pemimpin parti politik diingatkan supaya tidak merendahkan-rendahkan kaum wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Sasaran 30 peratus calon wanita masih jauh untuk digapai
Penyertaan wanita dalam proses politik merupakan sesuatu yang harus diambil berat oleh parti dan kerajaan.
PRU15: Permintaan BN letak 30 peratus calon wanita bukan ikut emosi - Sabariah
Permintaan Wanita UMNO untuk meletakkan 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan keputusan mengikut emosi, kata Datuk Sabariah Saidan.
PRU15: Misi berbeza dua calon wanita di Kedah
PRU-15 bakal menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.