Salleh Said bertanding empat penjuru di Parlimen Kota Belud
Fifi Harteeny Marzuki
April 28, 2018 19:40 MYT
April 28, 2018 19:40 MYT
Kerusi Parlimen P. 169 Kota Belud menyaksikan pertembungan empat penjuru untuk merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Calon Barisan Nasional (BN) itu akan berdepan dengan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Isnarasiah Munirah Majilis, calon Pas, Ag.Laiman Ikin dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Aimaduddin Mion.
Pengumuman pengesahan calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Gari Itam di Dewan Masyarakat Tun Said di sini, hari ini.
Manakala Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang juga penyandang kerusi DUN N.6 Tempasuk, Datuk Musbah Jamli pula akan menghadapi pertandingan empat penjuru dengan berdepan calon dari PKR, Mustapha Sakmud, Mustaqim Aling (Pas) , dan calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Suwah Buleh.
Bagi kawasan DUN Usukan, calon BN Japlin Akim berdepan pertembungan empat penjuru dengan Abdul Bakrin Mohd Yusof (Warisan) , Adzmin Awang (Pas) dan Amsor Tuah (Bebas).
Calon muka baharu BN, Ewon Benedick dari parti komponen UPKO pula berdepan dengan persaingan lima penjuru yang mana beliau akan berdepan calon STAR, Rubbin Guribah, Lukia Indan (PKR), Satail Majungkat (Pas) dan calon Parti Cinta Sabah (PBS) Mail Balinu.