Sah Saifuddin Abdullah sertai PKR

Hilal Azmi
Oktober 15, 2015 05:15 MYT
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, hari ini, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengesahkan penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kami gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Wan Azizah.

MB Selangor @AzminAli memakaikan lencana #KEADILAN kpd @saifuddinabd @501Awani pic.twitter.com/1ckyyLFQl2

— HilalAzmi (@HilalAzmi) October 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Beliau akan memperkuat kedudukan #KEADILAN dan #PakatanHarapan " @drwanazizah @501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) October 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Saifuddin menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai PKR.
#PKR #Saifuddin Abdullah #Wan Azizah