Sah! Abdul Hadi Awang tidak pertahan DUN Rhu Rendang

Rahimah Abdullah
April 18, 2018 16:31 MYT
Sebanyak 35 peratus calon yang akan bertanding adalah terdiri daripada golongan muda.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya bertanding di kerusi parlimen.
Ia bakal menyaksikan Presiden Pas itu tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beliau sendiri juga hanya akan bertanding di kerusi Parlimen.
"Untuk makluman, Presiden dan timbalannya hanya bertanding di parlimen, begitu juga Setiausaha Agung Pas, satu sahaja iaitu parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di ibu negara.
Kerusi DUN Rhu Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.
Dalam pada itu katanya, sebanyak 35 peratus calon yang akan bertanding adalah terdiri daripada golongan muda.
"Ada (calon) umur yang tidak sampai 30 tahun tetapi umur lebih 21 tahun. Selain itu, Ketua, Timbalan dan Naib Pemuda Pusat bertanding sebagai calon PRU14," ujarnya.
#Abdul Hadi Awang #Barisan Nasional #calon #Media #Parlimen #PAS #pemuda #pilihan raya #presiden #PRU14 #Takiyuddin Hassan #Tuan Ibrahim Tuan Man
;