Sabah Memilih: Shafie Apdal mahu calon setia, bukan kaki lompat

Ruzaini Zulkepli
Ogos 3, 2020 20:08 MYT
Kesetiaan kepada parti dan perjuangan penting bagi memastikan calon yang menang tidak melompat dan berpaling tadah.
Kesetiaan kepada parti dan bukannya kaki lompat merupakan antara kriteria yang menjadi pertimbangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam meletakkan calon mewakili Parti Warisan Sabah dan rakan sekutunya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Tegas Ketua Menteri Sabah itu, kesetiaan kepada parti dan perjuangan penting bagi memastikan calon yang menang tidak melompat dan berpaling tadah.
“Muka baharu antara pertimbangan kita selain mempunyai latar belakang pendidikan. Tetapi ia bukan kriteria utama. Apa yang paling utama ialah kita tidak mahu (calon) melompat.
“Walaupun mereka mempunyai pendidikan tinggi dan kemudian melompat parti… tiada gunanya. Mereka mesti mempunyai kesetiaan kepada parti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama barisan pemimpin Warisan di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu pada petang Isnin.
#calon #Calon PRN Sabah #Ketua Menteri #Kota Kinabalu #lompat parti #Mohd Shafie Apdal #pendidikan #pilihan raya #setia #Shafie Apdal
;