Sabah Memilih: Serah kerusi Tambunan kepada PBS - Pairin
Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
Ogos 19, 2020 17:57 MYT
Ogos 19, 2020 17:57 MYT
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan perlu diberikan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pairin yang juga bekas penyandang kerusi DUN itu berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada pucuk kepimpinan PBS.
“Sudah pasti saya mahu PBS mendapat kerusi itu (Tambunan) semula tetapi saya bukan presiden parti dan terpulang kepada pucuk kepimpinan.
“Itu keinginan saya, kerana PBS bermula di kerusi DUN itu,” katanya pada sidang media pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai posisi dan karier politik adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden STAR itu.
“Kamu pun tahulah. Dia (Jeffrey) selalu bukan mahu menyokong saya. Dia lawan saya lagi di Tambunan.
“Saya dapat tahu dia bersama Perikatan Nasional sekarang,” katanya.
Pada PRU ke 14 Pairin yang menjadi wakil rakyat Tambunan tanpa kalah sejak tahun 1976, tewas kepada adiknya sendiri, Jeffrey dalam pertandingan empat penjuru di kerusi DUN Tambunan.
Pairin tewas dengan majoriti 1,037 undi.
#Barisan Nasional
#DUN
#kerusi
#PBS
#Perikatan Nasional
#politik
#presiden
#PRN Sabah
#PRU
#Sabah
#Tambunan