KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berhubung Antilompat Parti perlu dikaji secara lebih teliti agar ia tidak menjejaskan hak asasi rakyat, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi berpandangan, pindaan tersebut disaran hanya melibatkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Senator.
"Ini adalah satu cabaran yang perlu dikaji dan saya bersetuju supaya dikaji dengan mendalam soal lompat (parti) ini dan juga pindaan Perlembagan kerana kalau dipinda begitu sahaja, mungkin hak asasi rakyat lain yang tidak terlibat dengan dewan ini akan kehilangan.
"Inilah sebabnya kita patut percepatkan proses menggubal undang-undang yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi oleh kita. Mungkin apa yang kita buat itu tidak begitu lengkap dan mungkin juga akan disalah gunakan seperti sekarang undang-undang kerap kali disalah gunakan.
"Umpamanya, sementara kita jamin hak seseorang untuk mengadakan persatuan atau menyertai mana-mana persatuan, tetapi bagi kerajaan ada hak untuk tidak mendaftarkan kesatuan, dengan itu hak rakyat kehilangan. Perkara semacam ini perlu kita beri perhatian," katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dari segi politik dan pemerintahan.
Bahkan, ujar beliau, kedudukan seseorang Perdana Menteri itu juga didakwa tidak dapat dipastikan sama ada diiktiraf atau sebaliknya.
"Ada negara-negara yang tidak iktiraf Perdana Menteri kita sebagai Perdana Menteri dan (tidak) memberi layanan yang sepatutnya.
"Ini adalah oleh kerana kedudukan Perdana Menteri yang masuk dari pintu belakang ini tidak begitu diiktiraf oleh masyarakat. Ini menunjukkan Rang Undang-Undang Antilompat Parti perlu diadakan tetapi dia mestilah terhad khusus kepada ahli Dewan Rakyat, ADUN dan mungkin ahli Senat.
"Kalau dihadkan kepada mereka sahaja dan pihak lain bebas untuk menukar parti, itu memelihara hak asasi mereka," kata Dr Mahathir lagi.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 11 2022

Tun Dr Mahathir berkata, tindakan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dari segi politik dan pemerintahan. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.

RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.

RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.