Senarai aturan urusan mesyuarat dan usul-usul dalam Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Rang Undang-undang (RUU) persendirian mengenai pelaksanaan Hudud berada dalam giliran terakhir.
Kemasukan RUU tersebut telah difailkan Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usaha terkini bagi membentang dan membahaskannya di Parlimen.
Aspirasi Abdul Hadi dan kerajaan PAS Kelantan itu adalah antara perkara yang dinantikan banyak pihak dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 April.
Berdasarkan kelaziman peraturan dalam Dewan Rakyat, urusan kerajaan menjadi keutamaan untuk diselesaikan sebelum pembentangan dan perbahasan hal-hal lain, termasuk RUU persendirian.
Oleh kerana itu, kemungkinan untuk RUU pelaksanaan hudud itu dibentangkan hari ini adalah tipis.
Rang berkenaan iaitu RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac lalu dengan mendapat sokongan sebulat suara daripada kesemua kesemua 44 anggota dewan. Kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) turut menyokong rang undang-undang itu.
Dalam perkembangan hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membacakan buat kali kedua mengenai RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Di Luar Negara 2015.
Antara yang tersenarai dalam aturan mesyuarat adalah mengenai RUU Penjara (Pindaan), RUU Kanun Keseksaan (Pindaan ) 2015, RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015, yang kesemuanya dibentangkan oleh Zahid.
Astro Awani
Tue Apr 07 2015
![RUU Hudud dalam giliran penghujung untuk dibentangkan di Dewan Rakyat RUU Hudud dalam giliran penghujung untuk dibentangkan di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41367078058_295x200.jpg)
Hudud adalah antara perkara yang dinantikan banyak pihak dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir pada 9 April.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542695104_MujahidYusofRawa.jpg)
Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.
![Tun M dari kaca mata Hadi Tun M dari kaca mata Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81514967018_MahathirXHadi.jpg)
Tun M dari kaca mata Hadi
Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.
![DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71459094766_PasIkatan.jpg)
DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2015 sebagai tidak beradab.
![Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400901281_295x200.jpg)
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
![Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365658955_295x200.jpg)
Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan
Wanita Keadilan membidas dakwaan Presiden PAS yang berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menerajui tampuk pemerintahan negeri Selangor.
![Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51360078172_120x90.jpg)
Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa mengharamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).