GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas September ini bagi meminda perlembagaan negeri agar selari dengan Perlembagaan Persekutuan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antilompat Parti pada Khamis.
Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata, meskipun usul yang diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN namun pihaknya akan cuba selarikan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu , Kon Yeow telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk meneliti perkara tersebut supaya undang-undang itu boleh dikuatkuasakan di Pulau Pinang.
"Saya telah beri arahan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat macam mana untuk kita melihat seterusnya dan akan selarikan peruntukan Perlembagaan Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Kita juga bercadang mengadakan satu sesi khas Dewan Undangan Negeri untuk membawa pindaan kepada perlembagaan negeri dalam tempoh terdekat, dalam bulan September," katanya.
Kon Yeow berkata, sekiranya mana- mana negeri tidak meminda Perlembagaan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang itu tidak akan terpakai di peringkat negeri.
Sehubungan itu Kon Yeow berharap tindakan sama juga diambil negeri lain untuk menyeragamkan perlembagaan negeri masing-masing berhubung RUU Antilompat Parti tersebut.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dengan undi majoriti dua pertiga Ahli Dewan.
Seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat semalam.
RUU itu akan dibentangkan di Dewan Negara pada 9 Ogos ini dan selepas diluluskan ia akan dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapat perkenan sebelum diwartakan.
Pada 2012, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 bagi menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.
Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang iaitu mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.
Kon Yeow juga memberitahu, permohonan kerajaan negeri bagi merujuk soalan perlembagaan berkenaan dengan perkara 14 A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk penentuan oleh Mahkamah Persekutuan (Menurut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Perkara 128 Persekutuan Perlembagaan) telah ditetapkan perbicaraan pada 3 Ogos depan.
Terdahulu Kon Yeow hadir pada majlis penganugerahan sijil Malaysia Book Of Record Tallest Automated Hotel Car Park dan Highest Cantilevered Acrylic-Bottom Swimming Pool di The Granite Luxury Hotel di George Town pada Jumaat.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 29 2022
![RUU Antilompat Parti: Sidang DUN khas Pulau Pinang September ini RUU Antilompat Parti: Sidang DUN khas Pulau Pinang September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657355574_ChowKonYeow.jpg)
Chow berkata, meskipun usul diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN, namun pihaknya akan cuba selarikan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684848654_ArmizanSabah.jpg)
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
![RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627993562_TBSPEAKERDUNSABAH.jpg)
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
![RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677249754_TBMBMUSANGKING.jpg)
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
![Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673730915_UPKO.jpg)
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
![DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672225672_TBdunperak.jpg)
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
![RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666070802_ANTILOMPAT.jpg)
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
![DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636101638_DAPFlag.jpg)
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
![RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655312418_enteriBesarNegeri.jpg)
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
![RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660051630_TBWANJUNAIDI.jpg)
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655820216_TBabgjo.jpg)
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.