Rundingan Pas-PKR: Hanya isu dalaman parti - Tun Mahathir
Raffi Bachik
September 10, 2017 08:14 MYT
September 10, 2017 08:14 MYT
Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu meneruskan rundingan bersama Pas, bukan gambaran berlakunya satu konflik dalam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya ianya hanya satu isu dalaman parti.
Justeru, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui akan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Tidak ada apa itu, saya kata internal matter (hal dalaman parti), benda tu kita selesaikan. Ia bukan atu konflik,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu ketika menyampaikan amanat dalam majlis sambutan ulang tahun pertama parti itu di Bakri, di sini malam tadi.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas warkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Anwar antara lain mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak memutuskan hubungan dengan Pas selagi parti itu sedia meneruskan perbincangan.