RoS lulus pindaan Perlembagaan UMNO

Umavathi Ramayah
Julai 29, 2022 19:57 MYT
Ahmad Maslan berkata, kelulusan itu berkuat kuasa pada 29 Julai 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan itu berkuat kuasa pada 29 Julai 2022 (Jumaat).
Beliau memberitahu, perkara itu dimaklumkan RoS menerusi satu surat yang diterimanya pada petang, Jumaat.
"Sukacitanya dimaklumkan bahawa RoS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO.
"RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (Dewan Rakyat).
"Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan," katanya dalam ciapan di sini, pada Jumaat.

Kenyataan Media: Berhubung ROS & Pindaan Perlembagaan UMNO. (SUA UMNO 29/7/22) pic.twitter.com/pOLNta27fc

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) July 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu Ahmad menjelaskan, dalam surat itu, RoS juga meminta agar satu pemilihan diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan Rakyat).
"Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO," ujarnya.
UMNO sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU supaya memberi ruang kepada ahli untuk memfokus gerak kerja pilihan raya.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lalu.
#Ahmad Maslan #pindaan Perlembagaan UMNO #Pilihan Raya Umum ke-15 #Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat
;