Ribuan hadir pelancaran Parti Amanah Negara

Rahimah Abdullah
September 16, 2015 10:47 MYT
Menurut parti itu, sehingga semalam seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu. Foto AWANI / Rahimah Abdullah
Ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.
Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia.
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, sehingga semalam seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu.
"Nombor satu ahli paling banyak mendaftar ialah Negeri Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.
"Parti ini menolak minda bergaris keras. Ia dapat permintaan dari orang bukan Islam juga," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Parti Amanah Negara di Shah Alam.
Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Parti Amanah Negara dibentuk oleh kumpulan progresif dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti PAS, Jun lalu.
Jawatankuasa Pusat 2015 Parti Amanah Negara
#anuar tahir #Mat Sabu #Mohamad Sabu #Parti Amanah Rakyat #shah alam
;