Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata masyarakat bukan Islam menerima dengan baik keputusan pemilihan kepimpinan baharu parti itu.
Beliau menegaskan masih terlalu awal untuk membuat anggapan bahawa barisan pimpinan yang baharu dipilih itu memberi kesan negatif kepada pengundi bukan Islam.
"Anggapan yang kata saf baru kini akan beri kesan begatif kepada bukan Islam itu masih terlalu awal.
"Saya sendiri banyak menerima respon termasuk dari mereka yang bukan Islam dan semuanya (respon) positif," katanya pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, hari ini.
Abdul Hadi juga menolak tanggapan bahawa saf pimpinan yang baharu dipilih hanya mewakili golongan ulama.
BACA :
Tsunami pro ulama di Pemilihan PAS
Pro ulama menang besar dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS
"Dalam AJK PAS Pusat yang baru bukan semua ulama, ada juga golongan profesional, ada pensyarah dan macam-macam.
"Bukan semua yang pakai kopiah dalam PAS ini ulama. Tuan Haji Mat Sabu pun pakai kopiah tapi dia bukan ulama," katanya lagi.
Beliau juga menjelaskan mereka yang tewas tidak akan dipinggirkan kerana masih terdapat jawatan-jawatan lantikan yang boleh diberikan kepada individu yang berkelayakan.
Hadi berjaya mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi penggal 2015/2017, sementara kejutan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila pencabar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menewaskan penyandang Mohamad Sabu.
Dalam saingan Naib Presiden pula, perwakilan memilih Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad, menewaskan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa.
Hadi, mengekalkan jawatannya itu selepas mengalahkan pencabarnya Ahmad Awang dengan jumlah undian sebanyak 928 undi dan majoriti 695 undi.
Ahmad Awang yang sebelum ini menjawat jawatan naib presiden PAS hanya mendapat 233 undi
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi pada jam 10.15 malam tadi di Muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jun 05 2015
Masyarakat bukan Islam dikatakan menerima dengan baik keputusan pemilihan kepimpinan baharu parti itu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Asyik berperang sama sendiri, Hadi Awang seru orang Arab lebih dalami Al-Quran
Kejahilan Islam sendiri mengundang campur tangan Barat yang mencetuskan perang proksi sekali gus menguntungkan mereka, kata Abdul Hadi Awang.
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.
MIC dan Pas sah jalin kerjasama
MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional selepas UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas.
PRK Semenyih: Tun M dakwa Pas tidak sokong UMNO
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Pas tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang berlangsung ketika ini.
Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman
Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.
Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.
Kaji selidik INVOKE sekadar kajian atas meja - Pas
Pas menyifatkan kaji selidik INVOKE mendedahkan kemungkinan parti itu tidak menang satu kerusi pun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah kajian atas meja dan tidak menyeluruh.
Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam - Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.
PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM
PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.
Prosiding fitnah terhadap Sarawak Report demi maruah Pas - Abdul Hadi
Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April.