Rentap Jabu pertahankan kerusi bapanya di DUN Layar

Bernama
Mei 7, 2016 22:09 MYT
Anak sulung Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, mendapat 3,931 undi, berbanding Vernon sebanyak 2,503. - Gambar fail
Gerald Rentap Jabu, 42, berjaya mempertahankan kerusi disandang bapanya Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Timbalan Ketua Pemuda PBB itu menewaskan calon PKR, Vernon Albert Kedit yang juga Ketua Penerangan PKR negeri, dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh majoriti 1,428 undi.
Anak sulung Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, mendapat 3,931 undi, berbanding Vernon sebanyak 2,503.
Ramai pemerhati melihat pertembungan di Layar sengit kerana kedua-dua calon adalah muka baharu, dan memegang jawatan penting dalam parti masing-masing.
#gerald rentap jabu #Sarawak 2016 #Sarawak Memilih #SPR #Vernon Albert Kedit
;