[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran
Radhi Muslim
November 19, 2022 23:22 MYT
November 19, 2022 23:22 MYT
BELURAN: Calon Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.
Beliau berjaya memperoleh majoriti sebanyak 1,594.
Manakala calon Barisan Nasional, Benedict Asmat mendapat 9,709 undi, diikuti calon Pakatan Harapan Felix Joseph Saang dengan undian sebanyak 4,460.
Bagi calon Parti Warisan (Warisan) Rowiena Rasid hanya memperolehi 3,707 undi.
Sementara calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hausing Samsudin @Sudin hanya mendapat 155 undi.
Terdahulu, seramai 44,727 pengundi berdaftar di Parlimen Beluran.